top of page

STORYBOARD

Storyboard atau papan cerita adalah bermaksud satu siri lakaran bagi mengambarkan turutan isi kandungan visual bersama camera view dalam bentuk imej atau ilustrasi yang dipersembahkan bagi tujuan pra tayangan gambar bergerak papan cerita juga boleh mengatur penulisan ke visual agar menjadi sebuah cerita yang teratur. Berikut adalah papan cerita yng dihasilkan 3Dkit Studio iaitu Thumbnail, Rough Pass dan Clean-Up.

THUMBNAIL STORYBOARD

Tahap ini merupakan lakaran awal dalam penghasilan cerita animasi "The Butod" yang berfungsi sebagai pergerakan watak atau komposisi kamera agar mudah untuk membuat jalan cerita berdasarkan idea lakaran ini.

ROUGH PASS STORYBOARD

Ini merupakan tahap yang kedua kerana bahagian ini adalah berasal daripada thumbnail yang merupakan idea asal penceritaan. Rough pass adalah lakaran yang kedua tetapi lakaran tersebut akan didetailkan bagi melihatkan ciri-ciri watak dan latar belakang yang bersesuaian. 

CLEAN-UP STORYBOARD

Bahagian ini merupkan bahagian terakhir pada papan cerita yang sudah lengkap dengan gambar yang detail mempunyai keterangan seperti dialog, jalan cerita , audio  dan komposisi kamera. hal ini memudahkan para krew memahami penceritaan dan mudah beralih ke animasi.

bottom of page