CHARACTER DESIGN
Idea watak perwatakan yang dipilih adalah berdasarkan sejenis serangga iaitu ulat sagu (Butod) sejenis ulat yang berada di pokok rumbia, butod adalah makanan tradisional kaum kadazandusun. Seterusnya watak kedua yang dipilih adalah burung enggang yang tedapat di sarawak. Oleh itu, untuk mengkaitkan tema kami iaitu Borneo kami telah memilih watak butod dan burung enggang sebagai watak kami dalam cerita "The Butod" .
WATAK UTAMA
Adalah seekor ulat sagu(butod) berwarna unggu dan tinggal di pokok rumbia, mempunyai perwatakan yang ceria dan lucu. Selain itu badannya yang gemuk membuatkan wataknya bertambah comel .Kiki juga mempunyai sifat yang kuat makan sehinggakan dia menghadapi pelbagai masalah semasa pengembaraannya.
KIKI
Adalah seekor burung enggang yang berada di sarawak. Donde mempunyai perwatakkan yang baik hati dan mudah berasa kesian dengan sesuatu yang comel. Donde juga sering dibuli oleh Mante iaitu si burung yang jahat kerana sifatnya yang baik hati.
DONDE
WATAK
SAMPINGAN
Merupakan seekor ulat sagu(butod) berwarna jingga dan tinggal di pokok rumbia. Mempunyai perwatakan yang ceria dan bijak. Bobo adalah ketua semasa pengembaraan mereka.
BOBO
Adalah seekor ulat sagu (Butod) yang berwarna kuning dia tinggal bersama Bobo dan Kiki di pokok rumbia. Mempunyai perwatakan yang ceria dan santai semasa pengembaraannya Dudu sentiasa kelihatan santai.
DUDU
MANTE
Merupakan seekor burung enggang seperti Donde. Mante membesar bersama Donde tetapi selalu membulinya dan Mante mempunyai perwatakan yang jahat.